Berita Utama
Golongan muda dihalang sertai Umno PDF Print E-mail

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.

Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.

"Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya pada Majlis Wacana Ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di sini pada hari Sabtu.

Dr Mahathir berkata jika dilihat dalam parti pembangkang PAS, dulu mereka hanya diwakili oleh golongan ulama saja tapi hari ini ada jurutera, doktor dan orang yang berkelulusan tinggi.

Katanya sehubungan itu pengganti pimpinan cawangan Umno juga akan menjadi semakin kurang berkebolehan kerana mereka enggan menerima muka baru yang lebih berkebolehan.

Ketika menjawab soalan dalam sesi dialog, bekas Perdana Menteri berkata ada generasi muda yang datang berjumpa dengan beliau dan menyuarakan minat menyertai Umno tapi tidak boleh sebab ada sekatan seperti yang dikatakannya itu.

"Jika mereka kita dampingi, kita dapat terangkan perjuangan Umno. Saya pasti mereka tidak akan jadi pengkritik tidak berasas terhadap Umno.

"Bila mereka (golongan muda) tengok keputusan pilihan raya (umum) 2008, Umno nampak kurang relevan, jadi macam mana nak menyokong. Tapi kalau kita betulkan kesalahan ini, percayalah mereka akan sokong kita semula," tegas beliau.

Dr Mahathir berkata dilema sekarang adalah penyertaan dalam parti Umno dilihat bukan lagi sebagai perjuangan untuk bangsa dan negara seperti pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi kini lebih kepada untuk menjamin kedudukan mereka dan mendapat kuasa.

Katanya ini juga menyebabkan bermulanya politik wang setiap kali pilihan raya dan pemilihan Umno.

Dr Mahathir berkata jikalau ada ahli atau pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menegur mereka.

"Jangan sokong orang yang berjuang hanya untuk mengisi periuk nasi mereka.

"Kita perlu jaga parti keramat ini, Umno telah bertahan lebih lama daripada lain-lain parti yang berjuang untuk kemerdekaan (negara masing-masing), kalau sayang Umno pastikan ia tidak dibawa ke arah lain dan tidak diguna oleh para pemimpin untuk kepentingan sendiri," tegas beliau.

Beliau memberi contoh parti-parti politik yang berjuang untuk memerdekakan negara mereka seperti di India, Indonesia, Pakistan dan Afrika yang banyak daripadanya tidak wujud lagi atau sudah lemah sekarang, kerana rakyat negara mereka sudah tidak lagi menyokong mereka.

"Mereka lupa janji mereka kepada rakyat, iaitu pemerintahan yang dipimpin mereka akan lebih adil dan lebih bertimbang rasa daripada pemerintahan penjajah. Pada mulanya rakyat masih menyokong, tapi lama-kelamaan rakyat akan sedar mereka tidak lagi memperdulikan nasib rakyat tapi utamakan kedudukan dan kekayaan.

"Maka rakyat akan mula kecewa dan semakin lama semakin kurang sokongan mereka kepada parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya parti seperti ini akan jadi lumpuh, lemah dan seterusnya hilang," katanya.

 

 
Kerajaan P Pinang dedah dokumen rahsia PDF Print E-mail

MESYUARAT Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Jumaat ini akan membatalkan tahap kerahsiaan minit mesyuaratnya yang sebelum ini berhubung status sekeping tanah, yang kini menjadi kontroversi, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau dalam satu kenyataan pada Isnin berkata bahawa pendedahan minit mesyuarat berkaitan keputusan itu mampu memberi gambaran yang jelas tentang tujuan sebenar penukaran hak milik tanah daripada pegangan pajakan kepada hak kekal yang akan dibangunkan oleh PDC Heritage Hotel Sdn Bhd.

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, mendakwa Lim memberi maklumat salah kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila memaklumkan tiada pertukaran status pegangan tanah dibuat di Pulau Pinang dari April hingga Jun tahun ini tetapi terdapat laporan menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan permohonan untuk menukar tempoh pegangan secara pajakan kepada kekal.

Pagi Isnin Lim sepatutnya mengadakan satu sidang akhbar selepas menerima kunjungan pegawai sebuah syarikat dari India, tetapi, bergegas meninggalkan pejabatnya dengan alasan untuk ke lapangan terbang kerana hendak ke Kuala Lumpur.

Beliau mengarahkan setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan untuk mengedar kenyataan akhbarnya itu.

 
Anwar tak tahu ekonomi-Tun Mahathir PDF Print E-mail

BEKAS perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.

"Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan.

Dr Mahathir berkata bahawa semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.

Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata : "Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1."

 
Pelan perpaduan MCA: Menanti jawapan akar umbi PDF Print E-mail

ESOK, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalan beliau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan mendapat jawapan sama ada Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh yang mereka usahakan, diterima atau sebaliknya, iaitu apabila para pemimpin peringkat akar umbi menghadiri majlis taklimat sulung mengenainya.

Kesemua 191 bahagian MCA akan menghantar sekurang-kurangnya lima pemimpin peringkat akar umbi masing-masing -- pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha bahagian serta ketua pemuda dan wanita bahagian -- ke majlis berkenaan di ibu pejabat parti itu.

"Jika ramai yang hadir, ia menunjukkan pelan perpaduan mereka disambut baik dan jika tak ramai yang hadir, ini menunjukkan sebaliknya," kata seorang ketua bahagian dari Selangor yang enggan dikenali.

Taklimat itu, yang dijangka menyentuh lima isu utama, amat penting bagi kedua-dua pemimpin berkenaan memandangkan Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presiden parti itu, dan 16 anggota jawatankuasa pusat (CC) lain, telah mengadakan sesi taklimat mereka bagi anggota peringkat akar umbi beberapa hari lepas.

Perkara yang menjadi agenda pertama majlis taklimat esok ialah perbincangan tentang bagaimana dana parti patut digunakan bagi membiayai kegiatan di peringkat bahagian.

Kedua, para pemimpin peringkat akar umbi akan diberi penjelasan daripada segi undang-undang berkaitan permohonan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) baru oleh 16 anggota CC, terutama selepas empat daripada pemohon asalnya, yang memihak kepada Liow, dipecat oleh Ong.

EGM kedua itu, yang dijadualkan pada 28 Nov, merupakan percubaan untuk mengadakan pemilihan baru parti.

Agenda ketiga dan paling penting ialah Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh, yang bertujuan memastikan ketiga-tiga kumpulan sedia ada -- yang masing-masing diketuai Ong, Dr Chua dan Liow -- boleh bekerjasama.

Dua isu lagi ialah pemilihan anggota CC secara terus dan persiapan MCA menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Taklimat berkenaan akan dipengerusikan Dr Chua, yang juga diamanahkan oleh Ong untuk mempengerusikan pasukan petugas khas bagi melaksanakan pelan perpaduan.

Sumber parti itu berkata Ong dan Dr Chua akan hanya membuat keputusan tentang langkah mereka seterusnya selepas mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin bahagian berkenaan, memandangkan Liow, yang mendapat sokongan ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dan ketua Pemuda Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, terus mendesak agar pemilihan baru parti diadakan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah perebutan teraju kepimpinan parti itu.

 
Ahli politik beri ceramah agama perlu tauliah-Dr M PDF Print E-mail

AHLI politik yang ingin memberikan ceramah agama perlu mendapatkan pentauliahan sebagai pendakwah daripada Jabatan Agama Islam Negeri bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pentauliahan ini bagi menjamin syarahan yang diberikan adalah mengikut ajaran Islam yang betul yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

"Saya lihat ramai orang politik membuat syarahan agama tanpa tauliah. Syarahan agama yang mempunyai kepentingan politik sepatutnya tidak boleh dipercayai.

"Kita khuatiri perbezaan pendapat orang-orang Islam tertentu akan disalah tafsir oleh umat dan menyebabkan umat Islam berpecah dan berpuak-puak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Ke-23 di sini pada Sabtu.

Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), berkata pentauliahan kepada penceramah Islam juga supaya ajaran Islam yang betul dapat diterima di semua negeri.

"Kita lihat ada setengah orang boleh (mendakwah), setengah orang pula tak boleh. Ada negeri lain boleh (terima seseorang pendakwah), negeri lain tak boleh," katanya.

Menurutnya, perbezaan pendapat di kalangan umat Islam boleh berlaku, tetapi tidak seharusnya menyebabkan permusuhan.

Oleh itu, beliau menasihatkan umat Islam supaya kembali kepada al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih untuk mempelajari ajaran asal agama Islam.

Sementara itu, Dr Mahathir menyeru umat Islam supaya tidak mengenepikan ilmu dunia dalam usaha mendalami pengetahuan agama.

"Kita jangan berdakwah sahaja. Kalau kita nak bagi tahu orang pasal keagungan agama kita tetapi orang tengok kita miskin, lemah dan mengharapkan belas kasihan orang lain, bagaimana kita nak meyakinkan orang lain tentang Islam?

"Islam adalah agama baik, membentuk keperibadian umatnya yang baik, menuntut umatnya supaya berilmu dan memajukan umatnya," katanya.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 25

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta

More:

Pautan Berita

  • Foto: Umno Perak mahu seret Nizar ke mahkamah 5 Sep 2010 | 5:04 pm

    Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

  • PAS Larut nafi laporan 756 ahli keluar parti 5 Sep 2010 | 3:27 pm

    Sebaliknya, Yang dipertuanya, Dr Mohd Dhari Othman kata ia satu lagi pembohongan untuk meredakan kerisauan Umno Larut yang berdepan dengan kemerosotan sokongan pengundi di situ.

  • 107,620 warga emas P Pinang terima sumbangan 5 Sep 2010 | 3:11 pm

    Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

  • JPJ nafi DBQ1 milik pemangku raja K'tan 5 Sep 2010 | 2:58 pm

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim nafi keluar kenyataan bahawa pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".

  • Zam pertahan kenyataannya tentang pemimpin PAS 5 Sep 2010 | 2:51 pm

    Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, bukan sesuatu yang baru.

  • Am : Nasib 14,500 Kakitangan Kontrak Kemas Masih Dibincang Dengan JPA

    KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

  • Am : Kursus PTD Akan Dirombak - JPA

    PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

  • Am : Peniaga Pulau Pinang Patuhi Peraturan Harga Siling

    BUTTERWORTH, 3 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati tiada peniaga di Pulau Pinang yang menjual barangan melebihi harga siling yang ditetapkan dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang berkuatkuasa pada Jumaat.

  • Ekonomi : Takaful Ikhlas Menyasar RM4 Juta Bagi Pelan Simpanan Haji

    KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) menyasarkan sejumlah RM4 juta jualan bagi pelan Ikhlas Hajj Savings Takaful dengan permohonan keseluruhan sebanyak 7,000 peserta sebelum April tahun depan.

  • Am : Perpustakaan, Muzium Negeri Sembilan Tutup Dua Hari Mulai 10 Sept

    SEREMBAN, 3 Sept (Bernama) -- Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan ditutup selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Sept ini sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.