Editor-S.M Zakir
Title Filter     Display # 
# Article Title Hits
1 Filem dan nilai masyarakat 542
2 Budaya dan Nilai sepunya 520
 

Biodata S.M Zakir

S.M Zakir merupakan Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Beliau menulis dalam bidang sastera, budaya, teater, filem, dan isu semasa masyarakat. Sehingga kini telah menerima puluhan anugerah penulisan dalam pelbagai bidang khususnya sastera.

S.M. Zakir
nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman, dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera kebangsaan termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori Buku Kumpulan Cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril).

Antara anugerah sastera lain untuk cerpen, puisi dan esei ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Mayban, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia, Anugerah Sastera Negeri Kelantan dan Anugerah Gaffim. Sehingga kini telah menghasilkan empat buah kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), Menyirat Nirmala (DBP. 2004), Sekeping Ruh di Atas Bantal (Penerbitan Pustaka Nusa. 2005) serta dua buah kumpulan sajak Memburu Malaikat (Penerbitan Pustaka Nusa. 2007) dan Sajak-sajak Petualang: Manusia Mimpi (Penerbitan Pustaka Nusa. 2009).

Beliau juga turut menghasilkan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). Beliau kini penulis bebas di samping menjalankan penerbitan sendiri.


S.M. Zakir
nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. 

Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan.

Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998.

Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi.

Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008).

Selain itu menjadi kolumnis akhbar Mingguan Watan 1996-1998, editor majalah sastera Akar, penganalisis cerpen majalah Tunas Cipta Disember 2003-Disember 2006, penulis novel bersiri di majalah Milenia Muslim Julai 2004-Mac 2007, kolumnis ruang “Reviu” (filem) dan “Kerana Nila Setitik” (Masyarakat) majalah Milenia Muslim 2006-sekarang, kolumnis majalah Massa (Politik) 2005-2006, kolumnis “Kuala Lumpur Selepas Senja” (Teater) majalah Pentas (Istana Budaya) 2006-sekarang, kolumnis “Dunia Tanpa Tirai” (Politik) tabloid Mingguan Wasilah Januari 2008-Mei 2009, dan kolumnis ruang budaya & umum majalah Suara Baru ogos 2008-Mac 2009.

Di dalam persatuan terlibat sebagai Timbalan Penyelaras Sekretariat Penulis Muda GAPENA (SPMG) 2002-2003 dan Setiausaha Agung PENA sesi 2006-2008 dan sesi 2008-2010. Beliau kini penulis bebas di samping menjalankan penerbitan sendiri. 


Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta

More:

Pautan Berita

  • Stop the Quran burning plan, Anifah tells the US 9 Sep 2010 | 4:46 pm

    PUTRAJAYA: Authorities in the United States should take appropriate action to stop an evangelical church in Florida from going ahead with a Quran-burning ceremony in view of the serious consequences of such an action, said Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman.

  • Two Malaysians jailed for credit card fraud in Vietnam 9 Sep 2010 | 4:39 pm

    KUALA LUMPUR: A Vietnamese court has jailed two Malaysians for using fake credit cards and passports to steal money.

  • Three bus drivers detained for using drugs 9 Sep 2010 | 4:36 pm

    JOHOR BARU: The Malaysian Anti-Drug Agency (AADK) has detained three bus drivers for consuming drugs after these drivers tested positive for drugs during urine tests conducted on bus drivers at the Larkin Bus Terminal.