Usaha gagalkan kuasa baru Asia Tenggara PDF Print E-mail

DR YON MAHMUDI merupakan pensyarah Fakulti Kebudayaan Universiti Indonesia, sebagai orang akademik beliau melihat hubungan antara dua negara ini seperti hubungan dua saudara ‘benci tapi rindu’.

Dalam temubual bersama pengarang Suara Malaysia, beliau mengatakan kecurigaannya bahawa mungkin terdapat unsur lain, seperti negara ketiga yang ‘mencucuk’ hubungan Malaysia dan Indonesia. Teori beliau bersandarkan kebimbangan akan muncul kekuatan baru di Asia Tengara jika Malaysia dan Indonesia terus akrab. Dr Yon, dalam lawatan rasmi untuk bersama-sama rakan di Malaysia menubuhkan Pusat Strategik Malaysia Indonesia (IMSC) yang dirangka untuk menjadi jambatan hubungan kedua negara ini.

Dalam kesempatan singkat, beliau sudi diwawancara Suara Malaysia.net. Ikuti ringkasan temubual ini.

SUARA MALAYSIA: Bagaimana Dr melihat hubungan antara Malaysia dan Indonesia dari segi kebudayaan?

DR YON MAHMUDI: Hubungan dua negara serumpun ini pada saya itu boleh dianalogikan sebagai hubungan dua remaja yang sedang cinta. Selalu ada perasaan benci tetapi rindu, bertengkar tetapi ingin bertemu, dan sebagainya.

Sering kali dalam hubungan tersebut mereka menghadapi masalah-masalah kecil, tetapi dua remaja ini mempunyai  tujuan mulia untuk membentuk sebuah ikatan yang kuat, mendirikan rumahtangga secara  harmoni dan kekal selamanya.  Itu yang ada, tetapi kalau kita lihat dalam hal ini kalau mahu membentuk sebuah ikatan kuat yang “long term”, ada juga pihak yang berasa cemburu, kenapa ini terjadi?  Dan berusaha agar perhubungan jangka masa panjang dua remaja tadi tidak berhasil.

Dr maksudkan ada pihak lain yang tidak senang kalau Malaysian dan Indonesia itu akrab, begitu?

Ya. Mungkin sahaja, lalu pihak kerajaan kedua negara harus menyiasat apa benar perkara tersebut. Mungkin orang cemburu dengan kita, kerana kita ini kalau bisa berkerjasama dengan lebih tuntas, bisa menjadi kekuatan baru di rantau ini.

Apa yang menyebabkan rakyat kedua negara mudah terprovokasi terutamanya dalam isu-isu politik, ekonomi, budaya antara dua negara ini?

Ada pihak yang sengaja mencetuskan ini dengan mengambil konflik yang paling dalam, seperti budaya, mereka klarifikasikan sehingga Malaysia adalah Malaysia, Indonesia adalah Indonesia. Sedangkan kedua negara ini serumpun. Pihak ini cuba mengelakkan usaha untuk mempraktikkan dua negara punya satu budaya sehingga nanti terjadi identiti yang terpisah dan dianggap bahawa ada Indonesia, Singapore, Australia, dan hubungan khusus dengan Malaysia itu yang cuba untuk dijauhkan.

Isu politik yang sangat berpengaruh orang ambil sisi dari situ banyak konflik, konfrontasi yang terjadi itu kerana sisi politik dan kita anggap sejarah Asia Tenggara, Nusantara itu sebenarnya tidak pernah terjadi konflik bersenjata tidak pernah berperang, hanya mungkin saling gertak.  “awas jangan lakukan”. Lepas tu selesai, kita punya mekanisma, budaya untuk menyelesaikan.

Ketika kemudian integrasi itu juga integrasi yang kukuh antara dua atau berapa bangsa dikawasan itu, sama budaya itu yang kita inginkan.  Kita bisa kembali sementara ada negara-negara lain tidak punya budaya.  Barisan budaya yang kuat yang bisa menyatukan mereka, mereka hanya dengan politik. Potensi untuk bisa bersama-sama, kalau bicara Asia Tenggara.  Kalau bergabung budayanya kuat punya aksi ke depan, Asia Tenggara lebih baik maka secara automatik negara lain akan mengikuti.

Bagaimana Dr melihat jurang antara generasi  kedua-dua negara ini?

Sekarang ini kita menyaksikan juga generasi kita yang lahir era tahun 80an, 90an yang tidak punya pendekatan secara rasional, kultural dengan kedua belah pihak. Mereka ini mendapatkan informasi daripada media, facebook , internet dan sebagainya. Kemudian tiba –tiba ada informasi kita bermusuhan ada provokasi dan sebagainya. Indonesia direndahkan angkara Malaysia mencuri sebaliknya. Malaysia mencuri artifak kita, Malaysia melihat Indonesia terlalu provokatif, itu yang terjadi.

Ini kerana hubungan antara orang Malaysia dan Indonesia itu adalah hubungan bersaudara. Kita bisa perhatikan, jika dua saudara bertetangga, selalu ada pergaduhan-ergaduhan kecil yang melibatkan mereka, tetapi apa saya percaya apabila melibatkan perkara besar, seperti bencana kayak tsunami dan gempa bumi, kedua-dua negara saling bantu membantu.  Malaysia dan Indonesia masih ada ikatan keluarga, bersaudara dan itu sebenarnya sumber stabilitasi modal yang dimiliki yang harus dijaga sehingga menjadi saudara yang baik, tetangga yang baik.

Selama kemudian kesamaan itu ada dan masing-masing sedar masing-masing mempunyai tujuan lebih tinggi lagi untuk “long term” itu maka sebenarnya persoalan-persoalan kecil itu akan hilang.

Berbalik kepada soal mencuri adat budaya, Dr ada persoalan yang dilemparkan bahawa bukan Malaysia yang mencuri tetapi orang Indonesia yang berhijrah ke sini membawa bersama-sama adat budaya mereka dan mengembangkannya di sini?

Kalau kita lihat dari sisi budaya bahawa memang sebahagian besar orang Melayu itu berasal dari Indonesia, bahkan Sultan Melaka yang pertama juga merupakan anak raja dari Sumatera. Kerana itu, pada saya, orang Indonesia yang berhijrah, ketika mereka masuk jadi warganegara Malaysia tetap punya legasi, tradisi masa lalu di kampung mereka. Itu tidak hanya dalam bentuk dari tarian, makanan dan sebagainya, kemudian dia masih mempraktikkan, dia mahu mengekspresikan diri warisan masa lalunya. Dia akan kembangkan di sini. Kalau dilihat dari segi positifnya, berterima kasih Malaysia memberikan keluasan  bagi warganegara untuk mengamalkan adat budaya masing-masing.

Tradisi yang berkembang dari sisi ini sah-sah saja diungkapkan dan tidak perlu ada claim bahawa ini adalah punya Malaysia, hanya kebetulan  warganegara Malaysia mempunyai keturunan Indonesia mengekspresikan dirinya. Ini akan berbeza,  ini akan dilihat bahasa Malaysia mempunyai origin lain, keturunan lain, etnik dari Cina , India.

Meraka juga mempunyai budaya tradisi yang memerapkan budaya India dan sebagainya. Ketika ini mereka mengekspresika  dalam media. Kalau dia warganegara  Malaysia juga jadi bahagian tradisi Malaysia.  Cina tidak pernah marah, India tidak pernah marah, tapi dia bersyukur mereka masih boleh berkembang terus, tradisi itu terus dikembangkan .

Sisi lain contoh bahawa kalau mau kita lihat secara adil keturunan Indonesia tidak sahaja di Malaysia ada di Sri Langka, di situ banyak keturunan Jawa, mereka menerapkan tradisi-tradisi  mereka dan itu juga sebahagian tradisi-tradisi Sri Langka.  Kenapa mereka tidak mempersoalkan budaya yang sudah berkembang si Sri Langka terus menganggapnya keturunan Jawa .

Dr ada sebutkan dalam ceramah mengenai slogan Ganyang Malaysia yang perlu ditukar, boleh jelaskan?

Kita punya slogan yang seram, Ganyang Malaysia, Ganyang itu reporesional Sukarno, Ganyang ertinya habiskan.  Slogan ini tidak membawa kepada hubungan yang lebih harmonis, ini ada faktor-faktor lain.

Padahal hubungan masyarakat antara dua negara ini tiada masalah sebenarnya.  Ketika peristiwa konfrontasi pada masa itu, antara rakyat Malaysia dan Indonesia pada masa itu interaksinya biasa, mereka tidak terpengaruh, hanya kemudian di Jakarta sahaja yang menyoalkan itu sampai yang saya ceritakan bahawa tentera yang dihantar di sempadan, dia masuk sempadan masuk wilayah Malaysia, mereka berinteraksi dan saling membantu.

Sebab itu saya katakan, kalau orang memang ingin menghidupkan Ganyang Malaysia, ganti sahaja ganyang dengan goyang, sebab bergoyang rileks. Dari Ganyang Malaysia, ayuh Goyang Bersama Malaysia. Saling bersefahaman antara satu sama lain.

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Foto: Umno Perak mahu seret Nizar ke mahkamah 5 Sep 2010 | 5:04 pm

    Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

  • PAS Larut nafi laporan 756 ahli keluar parti 5 Sep 2010 | 3:27 pm

    Sebaliknya, Yang dipertuanya, Dr Mohd Dhari Othman kata ia satu lagi pembohongan untuk meredakan kerisauan Umno Larut yang berdepan dengan kemerosotan sokongan pengundi di situ.

  • 107,620 warga emas P Pinang terima sumbangan 5 Sep 2010 | 3:11 pm

    Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

  • JPJ nafi DBQ1 milik pemangku raja K'tan 5 Sep 2010 | 2:58 pm

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim nafi keluar kenyataan bahawa pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".

  • Zam pertahan kenyataannya tentang pemimpin PAS 5 Sep 2010 | 2:51 pm

    Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, bukan sesuatu yang baru.

  • Am : Nasib 14,500 Kakitangan Kontrak Kemas Masih Dibincang Dengan JPA

    KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

  • Am : Kursus PTD Akan Dirombak - JPA

    PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

  • Am : Peniaga Pulau Pinang Patuhi Peraturan Harga Siling

    BUTTERWORTH, 3 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati tiada peniaga di Pulau Pinang yang menjual barangan melebihi harga siling yang ditetapkan dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang berkuatkuasa pada Jumaat.

  • Ekonomi : Takaful Ikhlas Menyasar RM4 Juta Bagi Pelan Simpanan Haji

    KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) menyasarkan sejumlah RM4 juta jualan bagi pelan Ikhlas Hajj Savings Takaful dengan permohonan keseluruhan sebanyak 7,000 peserta sebelum April tahun depan.

  • Am : Perpustakaan, Muzium Negeri Sembilan Tutup Dua Hari Mulai 10 Sept

    SEREMBAN, 3 Sept (Bernama) -- Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan ditutup selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Sept ini sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.