Golongan muda dihalang sertai Umno PDF Print E-mail

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.

Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.

"Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya pada Majlis Wacana Ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di sini pada hari Sabtu.

Dr Mahathir berkata jika dilihat dalam parti pembangkang PAS, dulu mereka hanya diwakili oleh golongan ulama saja tapi hari ini ada jurutera, doktor dan orang yang berkelulusan tinggi.

Katanya sehubungan itu pengganti pimpinan cawangan Umno juga akan menjadi semakin kurang berkebolehan kerana mereka enggan menerima muka baru yang lebih berkebolehan.

Ketika menjawab soalan dalam sesi dialog, bekas Perdana Menteri berkata ada generasi muda yang datang berjumpa dengan beliau dan menyuarakan minat menyertai Umno tapi tidak boleh sebab ada sekatan seperti yang dikatakannya itu.

"Jika mereka kita dampingi, kita dapat terangkan perjuangan Umno. Saya pasti mereka tidak akan jadi pengkritik tidak berasas terhadap Umno.

"Bila mereka (golongan muda) tengok keputusan pilihan raya (umum) 2008, Umno nampak kurang relevan, jadi macam mana nak menyokong. Tapi kalau kita betulkan kesalahan ini, percayalah mereka akan sokong kita semula," tegas beliau.

Dr Mahathir berkata dilema sekarang adalah penyertaan dalam parti Umno dilihat bukan lagi sebagai perjuangan untuk bangsa dan negara seperti pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi kini lebih kepada untuk menjamin kedudukan mereka dan mendapat kuasa.

Katanya ini juga menyebabkan bermulanya politik wang setiap kali pilihan raya dan pemilihan Umno.

Dr Mahathir berkata jikalau ada ahli atau pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menegur mereka.

"Jangan sokong orang yang berjuang hanya untuk mengisi periuk nasi mereka.

"Kita perlu jaga parti keramat ini, Umno telah bertahan lebih lama daripada lain-lain parti yang berjuang untuk kemerdekaan (negara masing-masing), kalau sayang Umno pastikan ia tidak dibawa ke arah lain dan tidak diguna oleh para pemimpin untuk kepentingan sendiri," tegas beliau.

Beliau memberi contoh parti-parti politik yang berjuang untuk memerdekakan negara mereka seperti di India, Indonesia, Pakistan dan Afrika yang banyak daripadanya tidak wujud lagi atau sudah lemah sekarang, kerana rakyat negara mereka sudah tidak lagi menyokong mereka.

"Mereka lupa janji mereka kepada rakyat, iaitu pemerintahan yang dipimpin mereka akan lebih adil dan lebih bertimbang rasa daripada pemerintahan penjajah. Pada mulanya rakyat masih menyokong, tapi lama-kelamaan rakyat akan sedar mereka tidak lagi memperdulikan nasib rakyat tapi utamakan kedudukan dan kekayaan.

"Maka rakyat akan mula kecewa dan semakin lama semakin kurang sokongan mereka kepada parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya parti seperti ini akan jadi lumpuh, lemah dan seterusnya hilang," katanya.

 

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Stop the Quran burning plan, Anifah tells the US 9 Sep 2010 | 4:46 pm

    PUTRAJAYA: Authorities in the United States should take appropriate action to stop an evangelical church in Florida from going ahead with a Quran-burning ceremony in view of the serious consequences of such an action, said Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman.

  • Two Malaysians jailed for credit card fraud in Vietnam 9 Sep 2010 | 4:39 pm

    KUALA LUMPUR: A Vietnamese court has jailed two Malaysians for using fake credit cards and passports to steal money.

  • Three bus drivers detained for using drugs 9 Sep 2010 | 4:36 pm

    JOHOR BARU: The Malaysian Anti-Drug Agency (AADK) has detained three bus drivers for consuming drugs after these drivers tested positive for drugs during urine tests conducted on bus drivers at the Larkin Bus Terminal.