Pergolakan MCA terus panas PDF Print E-mail

PERGOLAKAN MCA kini melalui liku baru sekalipun dua pemimpin utama -- presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek -- muncul dengan "Pelan Perpaduan Lebih Besar" berikutan hasil yang dicapai pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 10 Okt.

Perbalahan antara dua pemimpin itu membawa kepada berlangsungnya EGM tetapi berakhir dengan kebuntuan. Ini berlaku ketika usul tidak percaya terhadap Ong diluluskan dengan majoriti 14 undi dan serentak itu keanggotaan Dr Chua dalam MCA dipulihkan tetapi Dr Chua gagal mendapat balik kedudukannya sebagai timbalan presiden MCA dengan marjin 74 undi.

Dari segi perlembagaan, kedua-dua mereka hanya boleh disingkirkan jawatan menerusi dua pertiga undi daripada perwakilan yang hadir. Tetapi keputusan menunjukkan kedua-dua mereka mempunyai jumlah sokongan yang hampir sama.

Di tengah-tengah kebuntuan itu, naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan beberapa orang anggota Jawatankuasa Pusat (CC) pada masa itu berhujah bahawa Ong sepatutnya meletak jawatan dan CC dibenarkan memilih calon-calon baru.

Namun terdapat pandangan bahawa anggota CC tidak mempunyai locus standi untuk bertindak oleh ada yang berpendapat bahawa seluruh CC harus memikul tanggungjawab bersama terhadap peristiwa yang membawa kepada berlangsungnya EGM 10 Okt itu dan juga resoulusinya dan harus meletak jawatan berikutan keputusan EGM itu.

Beberapa daripada anggota CC ini yang enggan meletak jawatan mahu memilih atau melantik pemimpin baru tanpa melalui proses pemilihan baru.

Ong, yang didesak pada masa itu supaya meletak jawatan, kemudian memutuskan menggunakan artikel 30.1 perlembagaan parti untuk memanggil satu lagi EGM sementara anggota-anggota CC meneruskan pemilihan timbalan presiden sekalipun status Dr Chua sebagai timbalan presiden belum ada penentuan.

Pada masa sama, Ong dikatakan mengadakan rundingan damai dengan Dr Chua dan sepakat melaksanakan GUP. GUP dikatakan telah menerima sokongan dua pertiga anggota CC.

Berikutan itu, Ong meminta setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Meng membatalkan arahannya sebelum itu untuk mengadakan EGM kedua.

Ketua penerangan parti Heng Seai Kie berkata Ong memutus membatalkan EGM kedua selepas beliau mendapati ia tidak memenuhi kehendak Artikel 41 perlembagaan parti yang menyebut bahawa pemilihan parti boleh diadakan jika dua pertiga daripada anggota CC meletak jawatan.

Tetapi 16 anggota CC, juga dikenali sebagai "Kumpulan 16" dan tidak senang dengan GUP, kini berusaha untuk mengadakan pemilihan baru parti.

Beberapa orang dalaman parti berkata mereka memilih tindakan sedemikian kerana mereka bimbang akan kehilangan jawatan dalam parti jika mereka menentang Ong pada mesyuarat CC pada 15 Okt bila mereka menuntut beliau meletak jawatan.

Kumpulan 16 (G-16) itu mengemukakan permohonan di ibu pejabat parti bagi mengadakan EGM kedua sekalipun sebelum itu mereka menentang pemilihan baru. Mereka telah membawa dua usul - mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa dan membatalkan sebarang pelantikan dan pemecatan dibuat oleh Ong selepas 10 Okt.

Jika usul pertama diluluskan, maka pemilihan baru hendaklah diadakan dalam masa 30 hari.

Setiausaha agung parti Wong berkata biro undang-undang MCA melihat desakan bagi EGM kedua sebagai tidak berperlembagaan dan tidak boleh dilaksanakan oleh kerana usul kedua bertentangan dengan perlembagaan parti yang memberi kuasa luas kepada presiden untuk membuat sebarang pelantikan.

Jika G-16 tetap mahu mengadakan EGM, maka mereka perlu meminda dan mengemukakan semula usul mereka.

Heng berkata usul mereka melanggar Artikel 35 dan 41 perlembagaan parti tetapi ini ditentang oleh G-16.

Seorang dari kumpulan itu, Wong Nai Chee, berkata penolakan EGM kedua oleh sesetengah pihak adalah silap dan mendakwa mereka menyebut seksyen salah perlembagaan parti.

Beliau berkata perlembagaan parti jelas menyebut bahawa permintaan bagi sesuatu EGM adalah sah asalkan tidak kurang dari satu pertiga anggota jawatankuasa pusat menyokongnya.

Dalam hal ini, Wong berkata pemohon mengemukakan usul memanggil EGM bagi meminta diadakan pemilihan baru dan bukan meminta pemilihan baru secara langsung.

Wong seterusnya mendakwa bahawa Artikel 35 adalah juga satu kesilapan kerana artikel itu mengambil perhatian bahawa dua pertiga diperlukan bagi memecat seseorang pegawai parti.

"Ini tidak relevan oleh kerana permintaan bagi EGM ialah meminta perwakilan membuat keputusan sama ada mereka menyokong pemilihan baru memandangkan Dato Seri Ong Tee Keat dan Dato Seri Chua Soi Lek enggan menghormati keputusan EGM lepas. Pemohon tidak meminta menyingkir sesiapa.

"Artikel 41 juga tidak berkaitan oleh kerana artikel itu mengambil perhatian bahawa perlu ada perletakan jawatan dua pertiga atau lebih anggota Jawatankuasa Pusat untuk menuntut diadakan pemilihan baru.

"Bagaimanapun, ini tidak membatalkan usul yang dikemukakan oleh pemohon berkenaan kerana ia tidak menghad laluan lain yang mungkin bagi memanggil pemilihan baru -- asalkan ia mengikut perlembagaan parti," kata beliau.

Namun, setiausaha politik Ong, Simon Lim, berhujah sebarang EGM yang diadakan adalah tidak sah kerana pemohon tidak memberikan sebab yang sah bagi satu daripada usul yang mereka cadangkan.

Beliau berkata penyokong Liow, ketika meletakkan iklan semuka penuh di akhbar-akhbar Cina semalam telah memberi notis EGM yang mereka cadangkan dengan dua usul tetapi hanya memberikan sebab bagi satu dari dua usul yang dicadangkan.

Beliau berkata kumpulan itu hanya menyatakan sebab-sebab bagi usul pertama dan tidak untuk usul kedua.

Lim berhujah ini adalah kesilapan serius oleh kerana tanpa menyatakan sebarang sebab atau alasan bagi usul kedua menunjukkan pemohon gagal mematuhi perlembagaan parti.

"Oleh itu, sebab-sebab yang diterbitkan dalam iklan dalam akhbar Cina adalah palsu dan perlu diperbetulkan. Oleh itu, tidak ada sebab sahih untuk mengadakan EGM kedua. Sebarang EGM yang diadakan adalah tidak sah".

Ketika hujah tentang kesahihan EGM kedua berterusan, Ong nampaknya telah mengambil satu lagi tindakan pantas dengan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan parti pada 5 Dis, seminggu selepas EGM kedua yang dicadangkan pada 28 Nov.

Bukan saja itu, beliau turut segera mengumumkan pembentukan jawatankuasa petugas GUP untuk menyediakan pelan tindakan bagi melaksana rancangan segera dalam tiga teras utama - menyatupadukan parti, memulih, menyusun dan melakukan penjenamaan semula MCA.

Jawatankuasa petugas itu akan diketuai Dr Chua dan akan termasuk beberapa orang penentangnya seperti Liow, ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.

Yang lain ialah naib-naib presiden yang lain, Heng, anggota-anggota CC Gan Ping Sieu, Datuk Chong Itt Chew, Loh Seng Kok an Simon Lim.

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Police studying calls made by missing beauty products founder 6 Sep 2010 | 9:25 pm

    KUALA LUMPUR (Bernama): The last few calls made and received by Nouvelle Visages beauty products founder Datuk Sosilawati Lawiya, 47, and three others, who went missing, would shed light on their disappearance.

  • Court retains leave of ex-MIC Youth chief to sue MIED trustees 6 Sep 2010 | 8:51 pm

    PUTRAJAYA (Bernama): The Court of Appeal upheld a decision of a Kuala Lumpur High Court in giving the green light to MIC's educational arm, Maju Institute of Educational Development (MIED), to sue its chairman and eight trustees for alleged mismanagement.

  • NRD to close Sept 10-12 6 Sep 2010 | 8:44 pm

    KUALA LUMPUR (Bernama): The National Registration Department (NRD) will be closed from Sept 10-12 in conjunction with the Aidilfitri.