Liow Tiong Lai selepas ini? PDF Print E-mail

APAKAH agaknya langkah yang bakal diambil Datuk Seri Liow Tiong Lai setelah beliau dilantik sebagai timbalan presiden MCA baru-baru ini?

Walaupun pelantikan oleh Jawatankuasa Pusat (CC) MCA itu meletakkan beliau pada kedudukan yang pada adatnya hanya berada selangkah saja lagi untuk menduduki kerusi presiden parti, namun masa depan Liow dalam politik boleh dianggap masih tidak menentu.

Menteri Kesihatan yang mengamalkan pemakanan vegetarian ini didakwa mengetuai 22 anggota CC yang menandatangani sepucuk surat bagi mendesak Datuk Seri Ong Tee Keat melepaskan jawatan presiden MCA pada mesyuarat jawatankuasa itu Khamis lepas setelah Ong menerima undi tidak percaya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu 10 Okt lepas.

Walaupun Liow menjelaskan bahawa surat berkenaan hanya bertujuan menzahirkan padangan mereka, bukan untuk menggulingkan Ong, tetapi pelan perpaduan yang diatur oleh Ong dan pesaing ketatnya iaitu bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, nampaknya menyebabkan masa depan politik Liow berada dalam keadaan tidak menentu.

Liow dikatakan terperanjat dengan pelaksanaan pelan itu, yang disifatkan oleh sumber dalaman parti sebagai langkah bijak oleh Ong dalam politik, untuk membayangi pergerakan Liow yang didakwa oleh beberapa anggota CC menjadi dalang dalam gerakan menggulingkan presiden.

Walaupun Liow tahu Ong dan Dr Chua telah mengadakan beberapa rundingan setelah berakhirnya EGM pada 10 Okt, tetapi sumber parti itu berkata beliau tidak menjangka dua pemimpin berkenaan berpakat untuk mengatur rancangan yang boleh mengekang dengan berkesan pengaruh beliau dalam MCA memandangkan Ong dan Dr Chua mendapat sokongan daripada lebih 90 peratus anggota perwakilan.

Jika direnung kembali, "drama menarik" yang tercetus sebelum berlangsungnya sidang akhbar yang diadakan oleh Ong bagi mengumumkan pelan perpaduan MCA pada petang Khamis lepas, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Sidang akhbar di ibu pejabat MCA itu terpaksa diadakan melewati jadual asalnya kerana Liow dan naib presiden parti Datuk Seri Kong Cho Ha tidak muncul-muncul dari pejabat timbalan presiden yang terletak bersebelahan dengan tempat sidang akhbar diadakan, walaupun Ong telah bersedia untuk memulakannya.

Lebih kurang 20 minit kemudian, barulah Liow dan Kong menyertai Ong serta para pemimpin lain, termasuk naib presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, dan Dr Chua, yang duduk di kerusinya sambil menunggu bermulanya sidang akhbar itu.

Walaupun terdapat spekulasi bahawa Liow tidak menyetujui pelan itu dan pada awalnya enggan menyertai sidang akhbar berkenaan, tetapi perkara itu dinafikan oleh pembantu Ong dengan memberi alasan bahawa kejadian tersebut berlaku akibat kesilapan komunikasi antara pihak mereka dan Liow.

Tulisan Ong dalam blognya pada Jumaat membayangkan hubungan antara beliau dan Liow, terutama melalui catatan beliau: "Saya juga yakin Datuk Seri Liow Tiong Lai dan anggota jawatankuasa pusat lain akan kembali merapatkan hubungan dan dapat melihat rasional di sebalik perlunya diwujudkan sebuah MCA yang bersifat inklusif."

Walaupun ini boleh dianggap sebagai langkah Ong menghulurkan salam persahabatan kepada Liow, tetapi bagi orang dalaman parti, ia juga boleh ditafsir sebagai "untuk menyampaikan mesej jelas" kepada Liow supaya beliau menerima saja pelan perpaduan itu.

"Ia umpama memberitahu bahawa "permainan sudah berakhir dan kamu sudah terpelanting, jadi jangan cuba-cuba lagi...terima sajalah apa yang akan kami beri kepada kamu nanti," kata seorang sumber dalaman parti itu kepada Bernama.

Ong menyusun pelan politik itu setelah Liow dianggap "mengkhianati kawan" apabila beliau dituduh cuba mengambil alih teraju kepimpinan parti.

Walaupun sebelum ini Liow bukan saja dianggap sebagai orang kepercayaan Ong, malah sebagai tangan kanan Ong, tetapi kini sesetengah penyokong setia Ong mengecopnya sebagai penderhaka atau pembelot.

Anggota CC Datuk Ti Lian Ker begitu berterus terang ketika mengkritik Liow. Sambil menggelar Liow sebagai pemimpin "pasukan ketiga", beliau juga berkata Liow kini dilihat sebagai "manusia durjana".

Walaupun setakat ini butiran terperinci tentang pelan perpaduan MCA itu belum diketahui, tetapi adalah dipercayai ia serupa dengan rancangan damai sebelum ini yang membawa kepada berakhirnya perang antara Team A dan Team B dalam MCA pada 2003 apabila para penyokong kedua-dua kumpulan diberi jawatan penting dalam parti, termasuk dalam CC dan jawatankuasa perhubungan negeri.

Jika langkah serupa diambil, ia akan memberi tamparan hebat kepada kem Liow kerana sesetengah penyokong beliau, khususnya yang dilantik menganggotai CC, akan hilang jawatan masing-masing.

Antara jawatan yang menjadi taruhan ialah lapan anggota CC yang dilantik dan pengerusi perhubungan negeri, yang kedua-duanya dijangka dirombak sedikit masa lagi oleh Ong bagi memberi tempat kepada beberapa penyokong Dr Chua.

Ada juga pihak membuat spekulasi bahawa Dr Chua sendiri akan diberi jawatan, termasuk sebagai pengerusi perhubungan MCA Johor.

Ti, yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan pakatan antara Ong dan Dr Chua, berkata kini, Liow berada dalam keadaan tersepit apabila penyokong kedua-dua pemimpin itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap beliau untuk memimpin MCA kerana "beliau dilihat tidak memiliki sifat belas ihsan sebagai pemimpin dan bersikap kasar serta tidak ambil kisah untuk menjadi pemimpin yang baik".

"Tindakan mengalih sokongan dan memberontak oleh beberapa sekutu Ong serta mereka yang rapat dengannya, memberi pukulan teruk kepada presiden, hingga menyebabkan beliau terpaksa berfikir kembali tentang moral daripada segi politik apabila menyerahkan parti (kepada liow)," kata Ti dalam blognya tilianker.blogspot.com.

Ti mendakwa Liow mengadakan perbincangan sulung dengan Chua selepas berakhirnya EGM pada 10 Okt, "yang membuahkan rancangan perkongsian kuasa bagi mendapatkan sokongan anggota CC yang memihak kepada Dr Chua dalam usaha mengambil alih jawatan presiden daripada Ong."

Bagaimanapun, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana beliau mendakwa para penyokong Dr Chua tidak mempunyai kepercayaan terhadap Liow.

Para penyokong Liow pula menafikan wujudnya rancangan seperti itu.

Kini, Menteri Kesihatan itu dikatakan berada dalam kedudukan kekok kerana beliau tidak lagi menjadi sebahagian daripada kem Ong.

Laporan akhbar pula menyebut bahawa sebaik saja Ong membuat pengumuman tentang pelan perpaduan itu, Liow mengadakan mesyuarat di sebuah restoran Cina di sini bersama 15 anggota CC bagi menyusun strategi seterusnya.

Selain itu, terdapat cakap-cakap bahawa sesetengah anggota Pemuda dan Wanita MCA ingin mendesak agar diadakan EGM, sama ada bagi menolak pelan perpaduan itu atau menyingkirkan pemimpin tertentu yang memihak kepada Liow.

Jika ini berlaku, maka MCA akan dilanda satu lagi masalah.

Barangkali, betul juga apa yang dikatakan oleh beberapa penganalisis politik bahawa perdamaian antara Ong dan Dr Chua tidak akan melenyapkan masalah dalaman yang melanda parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional itu.

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Foto: Umno Perak mahu seret Nizar ke mahkamah 5 Sep 2010 | 5:04 pm

    Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

  • PAS Larut nafi laporan 756 ahli keluar parti 5 Sep 2010 | 3:27 pm

    Sebaliknya, Yang dipertuanya, Dr Mohd Dhari Othman kata ia satu lagi pembohongan untuk meredakan kerisauan Umno Larut yang berdepan dengan kemerosotan sokongan pengundi di situ.

  • 107,620 warga emas P Pinang terima sumbangan 5 Sep 2010 | 3:11 pm

    Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

  • JPJ nafi DBQ1 milik pemangku raja K'tan 5 Sep 2010 | 2:58 pm

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim nafi keluar kenyataan bahawa pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".

  • Zam pertahan kenyataannya tentang pemimpin PAS 5 Sep 2010 | 2:51 pm

    Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, bukan sesuatu yang baru.

  • Am : Nasib 14,500 Kakitangan Kontrak Kemas Masih Dibincang Dengan JPA

    KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

  • Am : Kursus PTD Akan Dirombak - JPA

    PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

  • Am : Peniaga Pulau Pinang Patuhi Peraturan Harga Siling

    BUTTERWORTH, 3 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati tiada peniaga di Pulau Pinang yang menjual barangan melebihi harga siling yang ditetapkan dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang berkuatkuasa pada Jumaat.

  • Ekonomi : Takaful Ikhlas Menyasar RM4 Juta Bagi Pelan Simpanan Haji

    KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) menyasarkan sejumlah RM4 juta jualan bagi pelan Ikhlas Hajj Savings Takaful dengan permohonan keseluruhan sebanyak 7,000 peserta sebelum April tahun depan.

  • Am : Perpustakaan, Muzium Negeri Sembilan Tutup Dua Hari Mulai 10 Sept

    SEREMBAN, 3 Sept (Bernama) -- Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan ditutup selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Sept ini sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.