Siapa dalang-Malaysia-Indonesia PDF Print E-mail

MELIHAT keakraban hubungan Indonesia-Malaysia khususnya pada peringkat kepemimpinan kedua-dua negara, amat sukar untuk kita memahami bagaimana pergeseran boleh tercetus berulang kali, khususnya di kalangan rakyat negara itu.

Memang lumrah setiap hubungan, ada pasang surutnya, tetapi melihat banyaknya persamaan antara Indonesia dan Malaysia, ia cukup menghairankan kerana hubungan antara pemimpin sentiasa kukuh. Bukti kekukuhan hubungan pemimpin itu jelas apabila Datuk Seri Najib Razak sendiri hadir pada majlis angkat sumpah jawatan Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua Selasa lalu. Susilo pula mengumumkan Malaysia akan menjadi negara pertama dilawatinya sebaik menerima mandat itu.

Dalam perbincangan mereka pula, kedua-duanya menegaskan hubungan dua negara sentiasa mesra dan amat baik. Dengan yang demikian, persoalan yang menuntut jawapan ialah bagaimana dalam keadaan hubungan peringkat tertinggi yang amat baik, masih ada rakyat Indonesia yang tidak jemu-jemu cuba mencetuskan permusuhan dengan negara ini. Walaupun mungkin segelintir, ia merunsingkan kita kerana perbuatan mereka mendapat liputan meluas media di sana dan antarabangsa, sedangkan banyak lagi isu lain yang dibangkitkan kelompok kecil masyarakatnya, langsung tidak diberi perhatian. Memang media Indonesia mempunyai dasar yang berbeza dengan media negara ini, tetapi tindakan mereka itu membayangkan seolah-olah wujud 'tangan-tangan hitam' yang mendalanginya.

Satu lagi persoalan yang harus diteliti ialah dalam sesi perbincangan pelbagai pihak, termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media kedua-dua negara, Indonesia sentiasa memberi reaksi positif dalam usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

Menerusi pelbagai seminar contohnya, kedua-dua pihak sentiasa memperkukuh komitmen meningkatkan lagi hubungan sesama mereka, malah merakamkan kekecewaan terhadap pelbagai kemelut yang berlaku. Daripada isu seperti Ambalat, pembantu rumah, batik, tarian Pendet, hinggalah kisah percintaan selebriti dengan putera raja, semua mengakui hakikat pergeseran mengenainya tidak harus berlaku. Namun hakikatnya, ia tetap berlaku dan mungkin akan terus berulang dari semasa ke semasa.

Kita tidak mengatakan Malaysia mahu jaminan selepas ini tiada lagi isu seperti itu ditimbulkan di Indonesia kerana ia mustahil dicapai. Begitupun, ia cukup aneh kerana jika semua pihak tidak mahu masalah itu berlaku, mengapa ia terus timbul dan siapa pula yang mendalanginya. Oleh itu, kita berharap sebarang persidangan atau dialog antara kedua-dua pihak selepas ini dapat mengalih tumpuan daripada sekadar memperakui komitmen memperkukuh hubungan kepada membongkar siapa dalang di sebaliknya dan apakah matlamat mereka. Mungkin dengan cara itu, hubungan dua hala antara dua negara serumpun ini dapat benar-benar dimajukan, sekali gus mengelak kelompok tertentu rakyat Indonesia di sana terus diperalatkan.

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Foto: Umno Perak mahu seret Nizar ke mahkamah 5 Sep 2010 | 5:04 pm

    Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

  • PAS Larut nafi laporan 756 ahli keluar parti 5 Sep 2010 | 3:27 pm

    Sebaliknya, Yang dipertuanya, Dr Mohd Dhari Othman kata ia satu lagi pembohongan untuk meredakan kerisauan Umno Larut yang berdepan dengan kemerosotan sokongan pengundi di situ.

  • 107,620 warga emas P Pinang terima sumbangan 5 Sep 2010 | 3:11 pm

    Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

  • JPJ nafi DBQ1 milik pemangku raja K'tan 5 Sep 2010 | 2:58 pm

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim nafi keluar kenyataan bahawa pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".

  • Zam pertahan kenyataannya tentang pemimpin PAS 5 Sep 2010 | 2:51 pm

    Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, bukan sesuatu yang baru.

  • Am : Nasib 14,500 Kakitangan Kontrak Kemas Masih Dibincang Dengan JPA

    KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

  • Am : Kursus PTD Akan Dirombak - JPA

    PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

  • Am : Peniaga Pulau Pinang Patuhi Peraturan Harga Siling

    BUTTERWORTH, 3 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati tiada peniaga di Pulau Pinang yang menjual barangan melebihi harga siling yang ditetapkan dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang berkuatkuasa pada Jumaat.

  • Ekonomi : Takaful Ikhlas Menyasar RM4 Juta Bagi Pelan Simpanan Haji

    KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) menyasarkan sejumlah RM4 juta jualan bagi pelan Ikhlas Hajj Savings Takaful dengan permohonan keseluruhan sebanyak 7,000 peserta sebelum April tahun depan.

  • Am : Perpustakaan, Muzium Negeri Sembilan Tutup Dua Hari Mulai 10 Sept

    SEREMBAN, 3 Sept (Bernama) -- Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan ditutup selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Sept ini sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.