BN jangan sia-siakan peluang kedua PDF Print E-mail

AKHIRNYA Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kemenangan moral yang dicari-cari selama ini. Kemenangan besar Tan Sri Mohd. Isa Samad di Bagan Pinang menterjemahkan sokongan rakyat pelbagai kaum kepada BN.

Ia sekali gus dapat membantu memulihkan semula reputasi BN yang agak tercalar dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang telah diadakan sejak berakhirnya PRU12.

Kemenangan besar yang tidak diduga ini mencerminkan sokongan rakyat kepada pelbagai program dan tindakan kerajaan yang menunjukkan kesungguhan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selaras dengan hasrat Perdana Menteri kita iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Justeru BN perlu melihat ini sebagai peluang terbaik mereka untuk meraih kembali sokongan rakyat yang agak terpesong dalam PRU12 yang lalu.

Semua parti komponen perlu berusaha lebih gigih untuk meyakinkan rakyat bahawa BN masih relevan dan kekal menjadi parti pemerintah negara ini.

Kekalutan MIC yang belum nampak kesudahannya dan ditambah pula dengan kemunculan parti Makkal Sakhti serta kepincangan kepimpinan MCA yang sedang menghadapi krisis kepimpinan perlu ditangani dengan segera secara bijak dan berhemah.

Jangan lupa bahawa rakyat sedang memerhatikan dan menantikan tindakan selanjutnya yang bakal dilaksanakan oleh semua parti komponen tersebut dalam memulihkan parti masing-masing.

Sejarah politik negara ini menunjukkan kita hanya diperintah oleh satu parti ataupun pakatan politik iaitu bermula dengan Parti Perikatan hinggalah kepada Barisan Nasional.

Generasi pasca-Merdeka hanya mengenali BN sahaja sebagai pemerintah tunggal tanpa tolok bandingan selama ini.

Perpaduan dan kesefahaman serta tolak ansur dan kerjasama yang telah wujud dalam BN memang dikagumi dan boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Malah masyarakat antarabangsa juga mengiktiraf pakatan unik ini.

Kekuatan BN selama ini banyak bergantung kepada resipi hebat mereka yang mengadunkan unsur-unsur kerjasama, tolak ansur, perpaduan dan persefahaman di kalangan parti-parti komponen, justeru ia wajar dipelihara dan dipertahankan malah perlu dimantapkan lagi.

Oleh itu, kita harap semua parti komponen BN sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing kerana tindak-tanduk mereka akan secara langsung memberi kesan yang tidak baik kepada BN secara keseluruhannya.

Mereka seharusnya elak perpecahan dalam parti dan perlu memulihkan segera segala masalah dan kemelut dalaman yang sedang melanda parti masing-masing jika mahu melihat BN kembali berdiri teguh dan kuat sebagai satu parti untuk menjayakan gagasan 1Malaysia. Jika tidak gagasan yang dicitakan ini hanya akan menjadi angan-angan Mat Jenin.

Sesungguhnya Malaysia memerlukan sebuah parti BN yang kuat, kukuh dan meyakinkan bagi terus memacu kegemilangan dan mencapai wawasan yang telah direncanakan.

Apa yang lebih dikhuatiri adalah jika proses pemulihan ini tidak disegerakan dan tidak meyakinkan para pengundi maka tidak mustahil dan juga tidak keterlaluan untuk dirumuskan bahawa BN mungkin akan menjadi pembangkang dalam PRU 13 kelak.

Justeru pulihkanlah segera reputasi dan nama baik BN supaya terus kekal relevan dalam kancah politik tanah air dan jangan sekali-kali mensia-siakan harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

 

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Police studying calls made by missing beauty products founder 6 Sep 2010 | 9:25 pm

    KUALA LUMPUR (Bernama): The last few calls made and received by Nouvelle Visages beauty products founder Datuk Sosilawati Lawiya, 47, and three others, who went missing, would shed light on their disappearance.

  • Court retains leave of ex-MIC Youth chief to sue MIED trustees 6 Sep 2010 | 8:51 pm

    PUTRAJAYA (Bernama): The Court of Appeal upheld a decision of a Kuala Lumpur High Court in giving the green light to MIC's educational arm, Maju Institute of Educational Development (MIED), to sue its chairman and eight trustees for alleged mismanagement.

  • NRD to close Sept 10-12 6 Sep 2010 | 8:44 pm

    KUALA LUMPUR (Bernama): The National Registration Department (NRD) will be closed from Sept 10-12 in conjunction with the Aidilfitri.