Politik sihat PDF Print E-mail

DALAM kita melihat perkembangan politik semasa – isu fitnah, pembunuhan karakter dan penipuan semakin dikaitkan khususnya bila kita berdepan dengan musim-musim pilihan raya. Ini dikatakan menjadi asam garam dalam berpolitik – memancing undi dan usaha untuk memenangi pilihan raya. Kempen semakin hebat dan kempen-kempen ini semakin ganas dalam perebutan siapa sepatutnya dipilih menjadi wakil mereka.

Usaha dipelbagaikan, cara dan taktik di gunakan untuk mempengaruhi undi penduduk setempat. Memancing undi dengan pelbagai umpan digunakan. Mengkritik dan memburukkan kepimpinan, mendedahkan kepincangan di jalankan dan paling buruk ialah penipuan serta fitnah bagi melunaskan kejayaan.
 
Menyebut mengenai politik sihat maka Malaysia masih lagi terkapar-kapar dalam mencari definisi sebenar politik sihat. Kita masih tidak tahu apa yang dimaksudkan politik sihat dan politik sihat ini adalah menuruti definisi tertentu parti-parti tertentu. Jeritan dan laungan untuk mengadakan politik sihat kedengaran daripada semua parti yang sedang berkempen. Jauhi pembunuhan karakter menjadi asas yang mahu ditegakkan oleh semua – sama seperti komitmen anti rasuah – semua menolak dan mengatakan ia jijik tetapi malangnya – komitmen nampak jelas retorik.
 
Hari ini kita melihat politik sihat dari kaca mata kita sendiri. Kita taburkan gambaran untuk di terima rakyat bahawa kita mengamalkan politik sihat. Kita katakan pihak lawan – melakukan fitnah dan penipuan. Pihak lawan pun turut mendakwa bahawa pihak yang satu lagi juga turut mengamalkan politik tidak sihat – fitnah menipu dan mengamalkan rasuah. Maka akhirnya – sesihat mana politik kita.
 
Perang poster juga menjadi-jadi dan perang ini turut berlaku dalam laman-laman web. Kita lihat “banner” penuh di laman web kedua-dua belah pihak. Begitu canggih dan begitu komited membuatnya. Namun adakah “banner” yang terpapar itu melambangkan tahap kesihatan politik kita?
 
Keadaan sekarang semakin ghairah. Politik semakin tidak mengenal erti tahap sihat. Asal boleh mempengaruhi maka itu dijalankan. Menang adalah  keutamaan. Mempertahankan kuasa adalah matlamat dan mencabar kuasa adalah hasrat. Itu definisi asas politik yang ada sekarang ini. Itu adalah cara dan itu adalah usaha untuk mencapai matlamat. Namun dalam kita ghairah – ada yang akan melihat tahap kesihatan politik kita yang masih kabur dan masih buruk. Ada yang akan dapat melihat bahawa tahap kematangan berpolitik kita mengikut persepsi mereka adalah rendah. Definisi umum tidak ada. Kesihatan politik kita tidak dapat di ukur. Kesihatan politik kita hanya akan dapat di tentukan dengan pengaruh dan undi. Nilai penerimaan kepada sesebuah parti di ukur sebagai penerimaan rakyat – tidak peduli sama ada rakyat tertipu, di tipu dan kita menipu. Isunya bukan penilaian oleh rakyat. Apa yang ada adalah penerimaan rakyat dan bagaimana rakyat boleh terpengaruh dengan cara penyampaian dan taktik memancing undi yang kita lakukan.
 
Inilah yang akan menyulitkan terminologi Politik Sihat. Akhirnya politik sihat hanya ungkapan defensif sesebuah parti politik yang teruk di serang. Justifikasi pembunuhan karakter pun tidak dapat di perjelaskan. Adakah memaklumkan kepada pengundi mengenai sikap buruk seseorang calon, pengamalan rasuah, tindakan dibuang dari organisasi tertentu kerana sebab dan alasan munasabah merupakan satu bentuk pembunuhan karakter? Adakah mengatakan sifat buruk kepimpinan – sekiranya sudah terbukti merupakan pembunuhan karakter?
 
Akhirnya – demokrasi kita hanya berpandukan kepada matlamat kecil organisasi politik masing-masing. Rakyat menunggu untuk dipengaruhi dan akhirnya merungut bila janji tidak ditepati. Tuntutan demokrasi – pilihan raya – akhirnya adalah peperangan mereka yang berkuasa yang mahu mempertahankan kuasa dan mereka yang mahu mencabar kuasa.      

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Foto: Umno Perak mahu seret Nizar ke mahkamah 5 Sep 2010 | 5:04 pm

    Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

  • PAS Larut nafi laporan 756 ahli keluar parti 5 Sep 2010 | 3:27 pm

    Sebaliknya, Yang dipertuanya, Dr Mohd Dhari Othman kata ia satu lagi pembohongan untuk meredakan kerisauan Umno Larut yang berdepan dengan kemerosotan sokongan pengundi di situ.

  • 107,620 warga emas P Pinang terima sumbangan 5 Sep 2010 | 3:11 pm

    Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

  • JPJ nafi DBQ1 milik pemangku raja K'tan 5 Sep 2010 | 2:58 pm

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim nafi keluar kenyataan bahawa pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".

  • Zam pertahan kenyataannya tentang pemimpin PAS 5 Sep 2010 | 2:51 pm

    Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, bukan sesuatu yang baru.

  • Am : Nasib 14,500 Kakitangan Kontrak Kemas Masih Dibincang Dengan JPA

    KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

  • Am : Kursus PTD Akan Dirombak - JPA

    PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

  • Am : Peniaga Pulau Pinang Patuhi Peraturan Harga Siling

    BUTTERWORTH, 3 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati tiada peniaga di Pulau Pinang yang menjual barangan melebihi harga siling yang ditetapkan dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang berkuatkuasa pada Jumaat.

  • Ekonomi : Takaful Ikhlas Menyasar RM4 Juta Bagi Pelan Simpanan Haji

    KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) menyasarkan sejumlah RM4 juta jualan bagi pelan Ikhlas Hajj Savings Takaful dengan permohonan keseluruhan sebanyak 7,000 peserta sebelum April tahun depan.

  • Am : Perpustakaan, Muzium Negeri Sembilan Tutup Dua Hari Mulai 10 Sept

    SEREMBAN, 3 Sept (Bernama) -- Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan ditutup selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Sept ini sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.