Bangga Hassan Ali bela penjawat awam PDF Print E-mail

PENDIRIAN politik pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, adalah tepat dan perlu disokong bukan hanya oleh semua umat Melayu Islam.

Sikap berani itu perlu ada pada setiap orang Melayu bagi menyanggah kezaliman khususnya yang sengaja ditujukan kepada penjawat awam dan rakyat lebih-lebih lagi ke atas umat Melayu Islam.

Jika sebelum ini pembangkang sering meminta agar kerajaan bersikap telus di dalam setiap tindak tanduk kepemimpinannya dan yang terbaru berkaitan isu PKFZ, jadi apabila ada seorang pemimpin senior yang ingin meminta pihak PKR dan DAP bersikap telus dan terbuka maka saya rasa perkara ini perlulah dialu-alukan, bukannya dikecam.

Apa kata PKR dan DAP? Apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang? Adakah tindakan untuk meminta Hasan berundur itu satu 'escapism'?

Baru-baru ini, beberapa kalangan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor ada yang menyaran supaya tindakan disiplin dikenakan ke atas Hasan dan meminta beliau keluar Pakatan Rakyat.

Saya juga sependapat dengan ramai warga Melayu Islam di Selangor yang ingin menyeru agar Hasan jangan tunduk kepada sebarang ugutan dan tekanan kerana beliau berada di pihak yang benar. Saya ingin memberi jaminan bahawa Hasan dan Pas tidak bersendirian dalam senario politik Selangor ini, malah saya amat yakin bahawa semua warga Melayu Islam akan sentiasa menyokong beliau untuk terus menyuarakan sebarang isu yang menyanggah daripada tertib al-Quran dan Hadis.

Perlu diingatkan bahawa Pas itu berteraskan Islam dan bukannya 'kitab' PKR atau DAP. Saya juga menyokong pandangan Presiden Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa Malaysia dan Pesuruhjaya Suhakam yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dirombak semula dan menghentikan penghinaan terhadap penjawat awam. 

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Kolumnis

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Anuar Mohd Nor
  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Helme Hanafi

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel S.M Zakir

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Faisal Tehrani

  •  

    • Klik di SINI untuk ke artikel-artikel Amin Iskandar

Fokus

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

40 gempa bumi di Malaysia sejak dua tahun lalu

DALAM  tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29



Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

Deepavali, Muhibah dan 1Malaysia

BAGI Suhaimi Ragesh Abdullah, 17 Okt ialah hari yang istimewa baginya kerana pada tarikh itu genaplah dua tahun beliau memeluk agama Islam.

Pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia berketurunan India akan menyambut Pesta Cahaya atau Deepavali.

"Saya akan membuat Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali pada tarikh tersebut kerana saya mempunyai ramai sanak-saudara dan rakan yang berketurunan India serta



More:

Pautan Berita

  • Police studying calls made by missing beauty products founder 6 Sep 2010 | 9:25 pm

    KUALA LUMPUR (Bernama): The last few calls made and received by Nouvelle Visages beauty products founder Datuk Sosilawati Lawiya, 47, and three others, who went missing, would shed light on their disappearance.

  • Court retains leave of ex-MIC Youth chief to sue MIED trustees 6 Sep 2010 | 8:51 pm

    PUTRAJAYA (Bernama): The Court of Appeal upheld a decision of a Kuala Lumpur High Court in giving the green light to MIC's educational arm, Maju Institute of Educational Development (MIED), to sue its chairman and eight trustees for alleged mismanagement.

  • NRD to close Sept 10-12 6 Sep 2010 | 8:44 pm

    KUALA LUMPUR (Bernama): The National Registration Department (NRD) will be closed from Sept 10-12 in conjunction with the Aidilfitri.